Bengkel Usahawan Super Mudah.my

Panduan Lengkap Rahsia Anda Boleh Menjadi Usahawan Super di Mudah.my

Saya akan bongkarkan rahsia taktik yang saya gunakan sejak tahun 2009 bagaimana anda boleh menjana pendapatan lumayan di Mudah.my!

 

Mudah.my ialah laman jual beli terbesar di Malaysia. Dalam masa sebulan, 5.2 juta pelawat masuk ke Mudah.my. Pelawat ini pula merupakan ‘unique visitor’!

Jika hari ini anda merupakan pelawat yang ke 1001, anda akan kekal sebagai pelawat ke 1001 sepanjang bulan tersebut walaupun anda kembali masuk ke Mudah.my setiap hari. Ini bermakna iklan yang anda paparkan di Mudah.my berpotensi untuk dilihat oleh 5.2 juta orang yang berbeza!

 

Di atas merupakan senarai laman web popular dengan trafik yang tinggi mengikut Alexa.com. Carta Top 10 di atas menunjukkan Mudah.my merupakan satu-satunya laman web tempatan. Mudah.my juga merupakan satu-satunya laman web jual beli. Laman web yang lain lebih kepada laman sosial, enjin carian dan sebagainya.

 

Orang masuk ke Mudah.my dengan 2 tujuan utama. Untuk menjual dan membeli!

Tiada yang masuk ke Mudah.my untuk mencari gosip artis, untuk berchatting, untuk tag gambar, untuk meluahkan perasaan dan lain-lain yang tidak memberi manfaat kepada bisnes anda!

 

Saya umpamakan Mudah.my seperti kompleks membeli-belah terbesar di Malaysia dan beroperasi 24 jam sehari. Pro Niaga pula umpama kedai-kedai di dalam kompleks membeli-belah tersebut. Tidak mahukah anda mempunyai sebuah kedai di dalam kompleks membeli-belah dengan ramai pelanggan dan beroperasi tanpa henti? Mid Valley pon tak macam ni.

 

Ini antara produk dan servis yang dijual di Mudah.my. Terdapat banyak lagi produk dan servis yang berpotensi tinggi untuk dijual di sana. 

 

Jadi dengan taktik yang akan saya kongsikan, bersama populariti Mudah.my dan prospek pelanggan seramai itu, adalah sukar untuk anda gagal menjana pendapatan di sana!

 

Mudah.my konsisten mempertingkatkan jumlah pelawat yang anda boleh tukarkan menjadi pelanggan. Mudah.my membuat pelaburan besar dalam pemasaran konvensional seperti pengiklanan billboard, suratkhabar, TV dan sebagainya.

Billboard

 

Suratkhabar

 

Iklan TV

 

 

 

Mudah.my telah memenangi anugerah Favourite e-Services di NEF-Awani, ICT Awards. Anugerah ini adalah daripada hasil undian rakyat Malaysia yang sukakan servis pengiklanan online Mudah.my.

 

Pelawat Mudah.my Banyak Duit

Tahukah anda pada tahun 2011 saja sebanyak RM1.7 juta telah dijana oleh peniaga yang tidak jujur. Ini membuktikan pelawat di Mudah.my mempunyai kuasa beli yang tinggi dan duit yang banyak. Jika anda boleh menjadi peniaga yang jujur, sudah pasti pelawat di Mudah.my lebih senang untuk memberikan duit tersebut kepada anda sepertimana majoriti peniaga di sana.

 

Pada tahun yang sama akhbar Utusan Melayu melaporkan rakyat malaysia berbelanja RM2 Bilion di internet sepanjang 2011 dan trend ini akan terus meningkat tahun demi tahun. Jadi sudahkah anda bersedia untuk mengaut keuntungan daripada trend ini? 

 


Duit Anda Ada di Mudah.my

Itulah yang dikatakan oleh Presiden Persatuan Usahawan Internet Malaysia, Tuan Gero Azrul.

 

Saya juga pernah berkerjasama dengan Persatuan Usahawan Internet Malaysia untuk berkongsikan ilmu dan pengalaman saya berbisnes di Mudah.my kepada para ahlinya secara online. Hampir 200 orang yang mendaftar untuk sesi tersebut.

 

Siapa saya?

Kenali saya yang bersemangat untuk berkongsikan ilmu dan pengalaman buat bisnes di Mudah.my!

Bagaimana saya bermula berniaga secara online? Semuanya bermula dengan sebuah al-Quran digital. Seperti apa yang anda dapat lihat, ini merupakan antara model al-Quran digital buatan Korea yang pertama masuk ke Malaysia. Saya telah membeli dengan harganya sama seperti telefon bimbit Nokia 3310 yang popular ketika itu. Fungsinya tidak secanggih al-Quran digital sekarang. Skrinnya pula cuma hitam putih.

 

Pada 2006 saya berjaya menjualnya secara online dengan harga RM200 lebih kepada seorang pembeli dari Johor. Padahal ketika itu sudah ada al-Quran digital yang lebih canggih dengan skrin berwarna-warni pada harga yang sama. Saya terkejut ada yang mahu membeli barang terpakai dengan spesifikasinya sudah ketinggalan. Kejadian ini telah membuka mata saya akan potensi menjual secara online.

 

Atas kejayaan pertama menjual produk fizikal terpakai secara online ini, saya bersemangat untuk menjual lagi. Maka saya pun juallah segala barangan yang sudah tidak digunakan lagi. Bila barang saya sudah habis, saya jualkan pula barangan saudara-mara saya. Kemudian saya memberanikan diri untuk menjual barang baru pula.

 

Kemudian saya kembangkan lagi perniagaan produk fizikal saya secara online dengan menjual pelbagai barangan seperti MP3, MP4, kamera digital dan lain-lain bermodalkan daripada keuntungan menjual sebelum ini. Hampir setiap hari saya pos pesanan pelanggan ke seluruh Malaysia. Namun langit tidak selalu cerah. Sesuatu berlaku yang menyebabkan jualan saya jatuh merudum. Stok produk pula tersadai di bilik tidur. Setiap malam saya tidur bertemankan produk-produk yang tidak lagi laku.

 

Pada tahun 2009, langit kembali cerah setelah saya berjumpa dengan Mudah.my! Betul, itulah yang berlaku. Semasa saya sibuk mengGoogle, saya terlihat iklan Mudah.my. Ketika itu jika anda masih ingat, apa saja yang kita Google, pasti iklan Mudah.my akan keluar. Saya pun mencuba menggunakan Mudah.my untuk menjual semua produk saya. Jauh di sudut hati saya agak sangsi kerana ketika itu Mudah.my masih baru.

 

Apa yang tak disangka-sangka selepas itu, hampir setiap hari saya mendapat emel dan telefon daripada pelanggan yang membuat pesanan. Dan saya telah memecah rekod sendiri iaitu menjual sebanyak 15 unit kamera digital dalam masa sehari saja! Sejak hari tersebut, Mudah.my dan saya bagaikan isi dengan kuku.

 

Sehingga kini sudah lebih 4 tahun saya gunakan Mudah.my untuk buat duit. Memang ada cubaan dan dugaan menggunakan Mudah.my ni. Bagi yang baru bermula, pasti menghadapi kesukaran. Tetapi dengan segala ilmu dan pengalaman yang saya kumpul selama ini, semuanya dapat diatasi. Alhamdulillah!

 

Kini saya merupakan pengarah urusan dan perniagaan saya ialah dalam bidang pakaian, cenderahati, percetakan dan media digital. Pejabat saya bertempat di Bandar Sunway. Sebelah Sunway Pyramid saja. Jika anda berjalan-jalan di sana, jemputlah singgah ke pejabat saya. 

 

Pekerja saya yang paling hebat memasarkan dan menjual produk-produk saya ialah Mudah.my. Pekerja yang setia, cekap, berkesan dan yang paling seronok, tidak perlu dibayar gaji!

 

 

Ikon Perniagaan Internet

Pada 14 Oktober 2012, saya telah diangkat menjadi ikon perniagaan internet di sebuah perjumpaan terbesar usahawan internet Malaysia yang berlangsung di Menara Usahawan, Putrajaya.

Memberi ucapan di hadapan ratusan hadirin.

Berkongsi pengalaman bersama jutawan Singapura terkenal, Abang Abu.

Bergambar bersama hadirin yang ceria!

 

 

Program-program

Saya juga menjalankan pelbagai program Mudah.my seperti Seminar Mudah.my dan Personal Coaching Mudah.my yang telah menerima ratusan penyertaan.

 

 

Rancangan TV

Saya telah ditampilkan di Astro Awani untuk rancangan Bisnes AlternatifSaya juga merupakan penulis buku Panduan Bisnes Mudah.my yang diterbitkan penerbit buku terbesar dan popular Malaysia iaitu PTS Media Group Sdn Bhd

 

Gambar Alumni Bengkel Usahawan Super Mudah.my

 

Dengan izin Allah, para peserta Bengkel Usahawan Super Mudah.my telah mendapat manfaat-manfaat berikut.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

1 minit = 19 iklan

 

1 minit = 33 iklan

 

1 minit = 52 iklan

Bagaimana banyak iklan saya di Mudah.my boleh diluluskan dalam masa 1 minit saja? Kebanyakan orang nak dapatkan 1 iklan lulus dalam masa 24 jam pun susah.

 

Iklan Lulus Dari Siang ke Malam

Bagaimana iklan-iklan saya di Mudah.my diluluskan dari siang sampai ke malam? Kebanyakan orang nak dapatkan 1 iklan lulus dalam masa 1 hari pun susah.

 

Penipuan di Mudah.my

Puan Asmiah dan puan Intan Suraya yang menghadiri Bengkel Usahawan Super Mudah.my terselamat daripada menjadi mangsa penipuan setelah saya kongsikan contoh emel-emel penipuan di bengkel. Saya akan kongsikan ia kepada anda juga supaya anda tidak mengalami kerugian beribu-ribu ringgit!

 

 

Mudah.my vs Facebook

Mari kita baca pendapat mereka, kenapa memilih Mudah.my berbanding Facebook?

(klik gambar untuk besarkan)

 

 

 

Mengikut laporan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM), rakyat Malaysia yang berkunjung di media sosial seperti Facebook, majoritinya adalah untuk berjumpa rakan atau dalam skop yang besar untuk bersosial, sesuai dengan asas ‘media sosial’.

Ada yang bertanya, jika begitu mengapa ianya dijadikan medium untuk berniaga? Jawapannya mudah, di sana ada ramai orang, mungkin mereka mahu membeli. Ya, MUNGKIN saja!

 

Bengkel Usahawan Super Mudah.my

Tarikh:

21 Disember 2013

Masa:

8.50 pagi - 4.00 petang

Tempat:

No. 49-3, 3rd Floor, Jalan 8/146, 
Metro Center, Bandar Tasik Selatan, 
57000 Kuala Lumpur.
(berdekatan Terminal Bersepadu Selatan - TBS) 
 

Apa yang anda akan pelajari di bengkel ini?  

Ingat, di bengkel ini anda bukan hanya akan mendengar saya berceloteh. Anda akan terus mengaplikasikan apa yang saya akan kongsikan. Bermakna bengkel ini merupakan sesi teori dan praktikal. Dengan terus buat apa yang saya kongsikan, insyaAllah lebih mudah untuk anda ingat dan fahami apa yang saya kongsikan.

 

Mohon bawa:

Laptop

Broadband (jika ada)


Mohon daftar sebelum 7 November 2013

Saya menyediakan bonus istimewa untuk anda sebagai peserta bengkel ini. Bonus tersebut ialah keahlian seumur hidup Alumni Usahawan Super Mudah.my yang bernilai RM950

Dengan keahlian ini, anda akan mendapat bantuan berterusan di sebuah group tertutup di Facebook. Di group ini juga anda dapat bertukar fikiran, teknik dan strategi bersama Alumni Usahawan Super Mudah.my yang lain.

 

Anda juga akan dihadiahkan Audio Buat Duit Dengan Mudah.my bernilai RM120. Audio ini mempunyai 10 rakaman eksklusif tentang Teknik Buat Duit Dengan Mudah.my Tanpa Menjual Produk Sendiri! Anda boleh dengar audio ini di rumah, pejabat, dalam kereta atau di mana-mana saja yang selesa.

Hari ini saya ingin menawarkan sesuatu yang luar biasa untuk anda. Apakah ia?

Harga tiket ke bengkel ini boleh mencecah sehingga ke beribu-ribu ringgit. Namun hari ini anda boleh mendapatkan tiket ke bengkel ini dengan harga RM500 sahaja. Ya betul! Cuma RM500!

Bagi menghargai anda yang mendaftar secara berkumpulan, anda akan diberi diskaun sehingga RM100!

Jadi anda boleh memilih untuk mendapatkan 1 tiket (RM500 satu) atau 2 tiket (RM450 satu). Buatlah pemilihan yang bijak!

 

Dapatkan 1 tiket Bengkel Usahawan Super Mudah.my


Dapatkan 2 tiket dan jimat RM100


Pesanan Anda Dilindungi Oleh Jaminan Wang Balik 30 Hari Dari Kami


Saya doakan anda dipanjangkan umur, diberi kesihatan baik, dimurahkan rezeki dan diberi kesempatan untuk menghadiri bengkel ini.

Usahawan Super,

Umar Taib

hi@umarvellous.com

 

Hubungi kami jika terdapat sebarang persoalan tentang Bengkel Usahawan Super Mudah.my

 
 

Hakcipta Terpelihara © 2012 - Bengkel Usahawan Super Mudah.my ::